|
- FRI Headquarters in planning, implementing, monitoring, and evaluating research programs,
development, and commercialization (R&D&C) for 13 institutes/ division/centres/ units
under Fisheries Research Institute.
Ibu Pejabat FRI dalam merancang, melaksana, memantau dan menilai program penyelidikan, pembangunan dan
pengkomersialan (R&D&C) untuk 13 institut/ bahagian/pusat/unit di bawah Institut Penyelidikan Perikanan.
- Manage, coordinate, implement and monitor the FRI management and development budget
or the planned research.
Mengurus, menyelaras, melaksana serta memantau bajet mengurus dan pembangunan FRI bagi pelaksanaan
penyelidikan yang dirancang.
- FRI personnel, asset, financial and administrative management.
Pengurusan personel, aset, kewangan dan pentadbiran FRI.
|
|
|
|
|
FISHERIES RESEARCH INSTITUTE (FRI GLAMI LEMI, NEGERI SEMBILAN)
71660 Titi Jelebu, Negeri Sembilan
Tel: 06-6133000 Fax: 06-6138352
Email:
|
|

|
|
- Research for the development of breeds and seeds of freshwater fish, ornamental fish, and aquatic plants that have the potential for aquaculture.
Penyelidikan bagi pembangunan baka dan benih ikan air tawar, ikan hiasan dan tumbuhan akuatik yang berpotensi untuk akuakultur.
- Research for the sustainable development and enrichment of inland fisheries resources and freshwater ecosystems.
Penyelidikan bagi pembangunan dan pengkayaan sumber perikanan darat serta ekosistem air tawar secara mapan.
- Research for the development of formula feed and live feed for farmed fish.
Penyelidikan bagi pembangunan makanan rumusan dan makanan hidup untuk ikan ternakan.
- Provide technology transfer services and technical consultation in the field of freshwater aquaculture to stakeholders.
Memberi perkhidmatan pemindahan teknologi dan khidmat nasihat teknikal dalam bidang akuakultur air tawar kepada pemegang taruh.
|
|
|
FISHERIES RESEARCH INSTITUTE (FRI KAMPUNG ACHEH, PERAK)
Kompleks Perikanan Kg. Acheh
32000 Setiawan, Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-6912093/6914752 Fax: 05-6914742
Email: frika@dof.gov.my
|
|

|
|
- Research in various fields related to fisheries resources, biology, ecosystem, and fishing gears technology.
Penyelidikan dalam pelbagai bidang berkaitan sumber, biologi dan ekosistem perikanan serta teknologi peralatan tangkapan.
- Conduct regular stock assessments of marine fisheries resources in national waters and multinational collaboration with other countries for international waters in producing scientific information.
Menjalankan pentaksiran sumber perikanan marin secara berkala di perairan negara serta berkolaborasi dengan negara lain di perairan antarabangsa bagi penghasilan maklumat saintifik.
- Conduct research to assist the management and conservation of resources based on ecosystem-based fisheries management.
Menjalankan kajian bagi membantu pengurusan dan pemuliharaan sumber berdasarkan pengurusan perikanan berasaskan ekosistem.
- Provide technology transfer and consultation in the field of capture fisheries to stakeholders based on scientific information.
Memberi perkhidmatan pemindahan teknologi dan khidmat nasihat dalam bidang perikanan tangkapan kepada pemegang taruh berdasarkan maklumat saintifik.
|
|
|
FISHERIES RESEARCH INSTITUTE (FRI GELANG PATAH, JOHOR)
81550 Gelang Patah, Johor
Tel:07-5101202 Fax: 07-5103015
Email: pptap@dof.gov.my
|
|
- Research and development of brackishwater aquaculture technology (livestock and nursing).
Penyelidikan dan pembangunan teknologi akuakultur air payau (ternakan dan asuhan).
|
|
|
FISHERIES RESEARCH INSTITUTE (FRI TANJONG DEMONG, TERENGGANU)
22200 Besut. Terengganu
Tel: 09-6956778
Fax: 09-6958262
Email:fridemong@gmail.com
|
|

|
|
- Research and development of marine fish broodstock such as groupers, seabass, and other species that have the potential for aquaculture.
Penyelidikan dan pembangunan induk ikan marin seperti kerapu, siakap, jenahak dan lain-lain spesies yang berpotensi untuk akuakultur.
- Research and development of high-density marine fish farming technology recycled aquaculture system (RAS).
Penyelidikan dan pembangunan teknologi ternakan ikan marin berkepadatan tinggi sistem akuakultur pusingan semula (RAS).
- Research for the production of hygienic and high-density live food.
Penyelidikan bagi penghasilan makanan hidup higenik dan berkepadatan tinggi.
- Research in the field of fish health management and site selection for aquaculture.
Penyelidikan dalam bidang pengurusan kesihatan ikan dan pemilihan tapak untuk akuakultur.
|
|
|
FISHERIES RESEARCH INSTITUTE (FRI PULAU SAYAK, KEDAH)
08500 Kota Kuala Muda, Kedah
Tel: 04-4374021
Fax: 04-4374470
E-mail: dofsayak@dof.gov.my
|
|

|
|
-
Research and development of lobster broodstock, marine shrimp, and mollusks for aquaculture purposes.
Penyelidikan dan pembangunan induk udang galah, udang marin dan moluska untuk tujuan akuakultur.
-
Research and development of crustacean breeding technology, natural and formulated feed for broodstock and seeds of crustaceans and mollusks.
Penyelidikan dan pembangunan teknologi pembenihan krustasea, makanan semulajadi dan makanan rumusan untuk induk dan benih krustasea serta moluska.
-
Provide technology transfer and technical consultation services related to crustacean and mollusk aquaculture to stakeholders.
Memberi perkhidmatan pemindahan teknologi dan khidmat nasihat teknikal berkaitan akuakultur krustasea dan moluska kepada pemegang taruh.
|
|
|
FISHERIES RESEARCH INSTITUTE (FRI BINTAWA, SARAWAK)
3744 Kuching, Sarawak
Tel: 082-334144
Fax: 082-331281
E-mail: ippbs@dof.gov.my
|
|

|
|
- Research in various fields relates to fishery resources, biology, ecosystem, and fishing gear technology in Sarawak, Sabah, and WP Labuan.
Penyelidikan dalam pelbagai bidang berkaitan sumber, biologi dan ekosistem perikanan serta teknologi peralatan tangkapan ikan di Sarawak, Sabah dan WP Labuan.
- To plan and manage Pulau Layang Layang Malaysia Marine Research Station and the Labuan WP Marine Park.
Merancang dan mengurus Stesen Penyelidikan Marin Pulau Layang Layang Malaysia dan Taman Laut WP Labuan.
-
Research and development of Oceanic Islands ecosystems for artificial reefs and corals.
Penyelidikan dan pembangunan ekosistem Kepulauan Oseanik bagi tukun tiruan dan karang.
-
Research and development of broodstock technologies, health, fish and lobster farming systems.
Penyelidikan dan pembangunan induk, teknologi pembenihan, kesihatan dan sistem ternakan ikan serta udang galah.
-
Research and development of biotechnology for the production of quality fishery products.
Penyelidikan dan pembangunan bioteknologi bagi penghasilan produk perikanan yang berkualiti.
-
Provide advisory services and technical expertise on aquaculture and capture fisheries management to stakeholders based on scientific information.
Memberi khidmat nasihat dan kepakaran teknikal akuakultur dan pengurusan perikanan tangkapan kepada pemegang taruh berdasarkan maklumat saintifik.
|
|
|
FISHERIES RESEARCH INSTITUTE (FRI RANTAU ABANG, TERENGGANU)
23050 Rantau Abang,
Dungun, Terengganu
Tel: 09-8458169
Fax: 09-8458017
E-mail: tumec@dof.gov.my
|
|

|
|
- Research and development on the conservation of turtles and endangered marine mammal species.
Penyelidikan dan pembangunan pemuliharaan penyu serta spesies mamalia marin terancam.
- Carry out rescue operations and post-mortems on stranded marine mammals.
Melaksanakan operasi menyelamat dan bedah siasat mamalia marin yang terdampar.
- Provide national consultation services and reference experts on turtles and marine mammals to stakeholders.
Memberi khidmat nasihat dan pakar rujuk kebangsaan berkaitan penyu serta mamalia marin kepada pemegang taruh.
|
|
|
FISHERIES RESEARCH INSTITUTE (FRI LANGKAWI, KEDAH)
Kompleks Perikanan Bukit Malut, Kuah
07000 Langkawi, Kedah
Tel: 04-9664079
E-mail: frilangkawi@gmail.com
|
|

|
|
- Research and development of sea cucumber breeding technology.
Penyelidikan dan pembangunan teknologi pembiakan gamat.
- Research and development of seaweed breeding and tissue culture.
Penyelidikan dan pembangunan baka dan pengkulturan tisu rumpai laut.
- Provide technical advisory services, reference experts, and strategic partners to stakeholders related to sea cucumber and seaweed.
Memberi khidmat nasihat teknikal, pakar rujuk dan rakan strategik kepada pemegang taruh berkaitan gamat dan rumpai laut.
|
|
|
|
|
FISHERIES RESEARCH INSTITUTE (INNOVATION, PROMOTION & COMMERCIALIZATION UNIT, BATU MAUNG)
11960 Batu Maung, Penang
Tel: 04-6263925/6 Fax: 04-6262270
fri_helpdesk@dof.gov.my
|
|
|

|
|
- Manage the registration and maintenance of FRI intellectual property.
Menguruskan pendaftaran dan penyelenggaraan harta intelek FRI.
- Manage collaboration, memorandum of understanding (MOU), agreement, and commercialization of research findings.
Menguruskan kolaborasi, memorandum persefahaman (MOU), perjanjian dan pengkomersialan hasil penyelidikan.
- Managing publications, innovation competitions, seminars, conferences, and exhibitions to promote innovation results and research studies.
Menguruskan penerbitan, pertandingan inovasi, penganjuran seminar, persidangan dan pameran bagi mempromosi hasil inovasi dan kajian penyelidikan.
- Manage the procurement of ICT equipment and software, including the maintenance of the FRI website.
Menguruskan perolehan peralatan dan perisian ICT termasuk penyelenggaran laman sesawang FRI.
- Manage the #MyDoF Tuna Gallery to provide information related to the national tuna industry to stakeholders and the public.
Menguruskan Galeri Tuna #MyDoF bagi memberikan maklumat berkaitan industri tuna negara kepada pemegang taruh dan orang awam.
|
|
|
FISHERIES RESEARCH INSTITUTE (AQUARIUM TUNKU ABDUL RAHMAN - AkuaTAR)
11960 Batu Maung, Penang
Tel: 04-6263925/6 Fax: 04-6262270
fri_helpdesk@dof.gov.my |
|
- Manage, develop and maintain the AkuaTAR exhibition space to raise public awareness on the importance of sustainable aquatic resources.
Mengurus, membangun serta menyelenggara ruang pameran AkuaTAR untuk meningkatkan kesedaran kepada pengunjung tentang kepentingan pengekalan kelestarian sumber akuatik.
- Research and development on the breeding technologies for marine and freshwater ornamental life included aquatic plants for exhibition purposes.
Penyelidikan dan pembangunan teknologi pembenihan bagi hidupan hiasan marin dan air tawar termasuk tumbuhan akuatik bagi tujuan pameran.
- Provide technical advisory services, reference experts, and strategic partners to stakeholders related to ornamental fish hatchery technology and aquarium management.
Memberi khidmat nasihat teknikal, pakar rujuk dan rakan strategik kepada pemegang taruh berkaitan teknologi pembenihan ikan hiasan dan pengurusan akuarium.
|
|
|
FISHERIES RESEARCH INSTITUTE (NATIONAL FISH HEALTH RESEARCH DIVISION - NaFisH)
11960 Batu Maung, Penang
Tel: 04-6263925/6 Fax: 04-6262270
fri_helpdesk@dof.gov.my |
|
• Research in fish health, epizootiological studies, vaccine development/
diagnostic kits and disease control, alternative treatments (based on herbs, cost-
effective and practical, and environmentally friendly.
Penyelidikan kesihatan ikan, kajian epizootiologi, pembangunan vaksin/ kit diagnostik dan
pengawalan penyakit, rawatan alternatif (berasaskan herba-herba, berkos efektif,praktikal serta mesra alam.
• Provide expert advice and technical knowledge to relevant parties and stakeholders.
Memberi khidmat nasihat kepakaran dan pengetahuan teknikal kepada pihak yang berkaitan dan
pemegang taruh.
• Study of the emergence of unexpected/new diseases (emerging/re-emerging).
Kajian kemunculan penyakit yang tidak dijangka/baru (emerging/re-emerging).
• Reporting of current aquatic animal disease status for Quaterly Aquatic Animal
Disease Report (QAAD) reporting to the Network of Aquaculture in Asia-Pacific Centre
(NACA) and The World organization for Animal Health (OIE).
Pelaporan status penyakit haiwan akuatik semasa bagi laporan Quaterly Aquatic Animal Disease
Report (QAAD) kepada Network of Aquaculture in Asia-Pacific Centre (NACA) dan The World
Organization for Animal Health (OIE).
|
|
|
FISHERIES RESEARCH INSTITUTE (IMPACT ACCESSEMENT DIVISION)
11960 Batu Maung, Penang
Tel: 04-6263925/6 Fax: 04-6262270
fri_helpdesk@dof.gov.my |
- Research on nutrient contamination, toxic chemicals, suspended solids, biology, microplastics, and heavy metals in aquatic environments and fishery waters.
Penyelidikan pencemaran nutrien, kimia toksik, pepejal terampai, biologi, mikro plastik dan logam berat di persekitaran akuatik serta perairan perikanan.
- Research on harmful algae (HAB), biotoxins and food safety.
Penyelidikan alga berbahaya (HAB), biotoksin dan keselamatan makanan.
-
DNA and eDNA (Environmental DNA) genetic research to assess the impact on the fishery environment.
Penyelidikan genetik DNA dan eDNA (Environmental DNA) untuk membuat penilaian impak kepada alam sekitar perikanan.
- Research and assessment of stakeholders socioeconomic.
Penyelidikan dan penilaian sosioekonomi pemegang taruh.
- Conduct feasibility study of sites or water for aquaculture activities.
Menjalankan kajian kesesuaian tapak atau perairan bagi tujuan aktiviti akuakultur.
- Provide technical advisory services and reference experts as well as strategic partners to stakeholders.
Memberi khidmat nasihat teknikal dan pakar rujuk serta rakan strategi kepada pemegang taruh.
|
|
|
FISHERIES RESEARCH INSTITUTE (NATIONAL MARINE PARK RESEARCH CENTRE)
11960 Batu Maung, Penang
Tel: 04-6263925/6 Fax: 04-6262270
fri_helpdesk@dof.gov.my |
- Research in the field of marine biodiversity in the Marine Park areas.
Penyelidikan dalam bidang biodiversiti marin di kawasan Taman Laut.
- Research on coral habitats outside the Marine Park area.
Penyelidikan ke atas habitat karang yang berada di luar kawasan Taman Laut.
- Carry out smart collaborations and collaborations with research agencies and non -governmental organizations (NGOs) at the national and regional levels.
Menjalankan kolaborasi dan kerjasama pintar dengan agensi dengan agensi penyelidikan dan badan bukan kerajaan (NGO) di peringkat kebangsaan dan serantau.
- To be the reference center for the Malaysian Marine Park resources inventory.
Menjadi pusat rujukan inventori sumber Taman Laut Malaysia.
- Promote research outcomes in the Marine Park area through the development of gallery and interactive knowledge tourism.
Mempromosi hasil penyelidikan di kawasan Taman Laut melalui pembangunan galeri dan pelancongan ilmu yang interaktif.
- Provide technical advisory services and reference experts as well as strategic partners to stakeholders at the national and regional levels related to the Marine Park ecosystem.
Memberi khidmat nasihat teknikal dan pakar rujuk serta rakan strategik kepada pemegang taruh di peringkat kebangsaan dan serantau berkaitan ekosistem Taman Laut.
|
|
|
|